Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Sep 29, 2008

Apa itu Bas??

Dikirim oleh elyass

Assalamualaikum...

Pada suatu sistem komputer, bus merupakan suatu subsistem yang menyambungkan sesuatu hardware/peripheral antara satu sama lain dan juga ke komputer lain bagi tujuan pemindahan data dan bekalan kuasa. Dengan kata lain, bus merupakan suatu sistem ‘perhubungan’ atau ‘penyambungan’ antara sesuatu komponen komputer dalam sebuah sistem komputer atau sesama sistem komputer untuk berinteraksi antara satu sama lain. Tidak seperti sambungan anatara dua titik seperti penyambungan wayar antara komponen elektrik (contohnya sambungan LED ke sel kering), bus boleh menyambungkan banyak komponen/peripheral komputer pada suatu laluan/sambungan (penyambung ini bertindak seperti wayar). Contoh bus pada sistem komputer ialah address bus, control bus, data bus dan Front Side Bus (FSB). FSB merupakan data bus kepada CPU di mana ia menyambungkan CPU ke lain-lain peripheral dan komponen komputer seperti hard disk, RAM, USB, PCI dan sebagainya. Bus-bus ini kebanyakannya terletak pada litar motherboard suatu sistem komputer.Computer bus terbahagi kepada dua – iaitu Internal Computer bus dan External Computer bus. Dan setiap satu bus ini terbahagi kepada dua jenis sistem, iaitu Parallel Bus (membawa data melalui sambungan pelbagai wayar) dan Serial Bus (membawa data dalam bentuk bit siri).

Contoh Internal bus ialah
Parallel bus: PCI, ISA,AGP
Serial bus: PCI-Express dan Hyper-transport

Contoh External bus ialah:
Parallel bus: ATA/IDE/ATAPI, SCSI dan PC card (juga dikenali sebagai PCMCIA, kebiasannya digunakan pada laptop)
Serial bus: SATA, USB, Firewire/IEEE1394.

credit:sharul

Postingan Terkait Lainnya :


komen lah setiap kali sudah membaca mana-mana posting,

Technorati del.icio.us Digg
blog comments powered by Disqus