Lelaki Setia / Tak Setia?
Ada orang tanya, kenapa lelaki ni tak setia bila dah beri komitmen. Walaupun lelaki tu cakap akan setia, tapi akhirnya tak setia dan hubungan itu hancur akhirnya. Apa faktor-faktor yg menjadikan lelaki itu tak setia? Adakah kes lelaki tak setia ni berpunca daripada lelaki sahaja? Atau kedua-dua pasangan? Atau berpunca dari perempuan itu sendiri? Berikut adalah beberapa faktor yg saya dapat fikirkan.
1. Sifat tidak pernah puas. Mungkin lelaki tu mmg jenis yg tak pernah puas dgn apa yg dia dapat. Dia sentiasa mahukan lebih. Dah ada awek pun dia masih membuka hati dan mindanya untuk mendapatkan awek lain walaupun awek yg dia ada sudah setia dengannya. Tetapi disebabkan sifat lelaki tu yg tak pernah puas dgn apa yg dia dapat, maka itulah yg dia akan sentiasa lakukan sehinggalah dia kena terhantuk kepala sendiri, baru dia nak sedar. Mungkin lelaki mcm ni mmg patut dielakkan.
2. Layanan girlfriend nya. Mungkin awek dia layan mcm nak taknak atau segan sangat atau respon tak begitu hebat. Memang la awek dia jenis setia dan tak keluar dengan lelaki lain ke ape ke. Tapi bukan setakat itu sahaja untuk membuktikan kesetiaannya. Cara seorang awek melayan boyfriend dia pun sangat penting. Bukan nak suruh awek dia terhegeh-hegeh, cuma kena layan secara cool. Not too cool. Lelaki ni mudah tersentuh dengan sifat kewanitaan seorang perempuan. Lelaki sangat suka kalau aweknya caring pasal dia. Pendek kata, apa yg perempuan expect drpd seorang lelaki, seperti itu jugalah expectation seorang lelaki terhadap perempuan.
3. Kejelitaan/kecantikan. Ada juga lelaki yg jadi tak setia sbb tetiba tgk awek dia mcm hantu jerangkung atau dah tak lawa. Perempuan mmg kena mencantikkan diri utk kekalkan kejelitaan yg sedia ada. Memang akan ada lelaki yg sentiasa memandang rupa dan nak awek dia cantik je sentiasa. Mmg dah sah lelaki tu jenis pandang rupa. Mmg ada lelaki yg boleh tawar hati kalau awek dah tak cantik mcm dulu. Habis tu camne nak tempuh alam perkahwinan? Dan of course, akan sentiasa ada lelaki yg sanggup menerima baik buruk kita dari segi rupa. Itu mmg tidak dinafikan lagi.
4. Perwatakan/Attitude. Perangai awek dia yg memualkan atau tak disenangi oleh boyfriend ataupun tiada toleransi atau give and take sesama pasangan. Sememangnya kita harus menerima kelemahan sesama pasangan tetapi setiap pasangan tu seharusnya sentiasa mengubah tabiat atau perangai buruknya demi kebaikan bersama. Kita ni bukan manusia perfect tetapi kita harus sentiasa mengubah diri kita untuk menjadi yg terbaik.
5. Ada orang ketiga. Mcm saya cakap tadi, ada lelaki yg tak pernah puas dgn apa yg dia ada. Kalau layanan awek dia tak berapa best tak seperti yg diharapkan, pastu attitude awek dia yg dia tak suka, tetiba ada perempuan lain hadir yg lebih baik drpd aweknya, of course lelaki tu akan terasa something terhadap perempuan baru tu. Sudah jadi lumrah manusia, sentiasa mahukan yg terbaik untuk dirinya. Tapi kalau dah commit tu, be responsible la kan.
Bagi saya, kedua-dua pasangan harus saling berusaha dalam mengekalkan suatu perhubungan. Tak boleh nak salahkan lelaki je dan tak boleh juga salahkan perempuan. Harus ada toleransi, give and take. Apa yg perempuan harapkan drpd seorang lelaki, seperti itu jugalah harapan seorang lelaki terhadap perempuan. Kita harus sentiasa berfikir dan cuba meletakkan diri di dalam situasi pasangan kita itu. Sakit tak aku kalau aku buat camni, terasa tak aku kalau aku buat mcm ni, marah tak aku kalau aku buat camni. Pendek kata, harus menyelami perasaan orang yg sayang kita.
Sebab tu saya pernah tulis, how to sustain a relationship is the most important. Rasa cinta pada awal perhubungan itu tiada apa sangat berbanding dengan rasa cinta sehingga nafas terakhir kita. Memang bukan senang nak mengekalkan hubungan tetapi kenalah berusaha. Jangan lak sorang diam, yg lagi sorang pun diam. Macam mana nak kekal kan? Be responsible of what you’ve already commit. Sememangnya kalau salah seorang pasangan terbuat atau sengaja buat silap, akan berlaku kemusykilan, syak wasangka dan mcm2 lagi yg akan membawa ke arah ketidaksetiaan dlm perhubungan lalu hancur di tengah jalan. Sentiasa harus berfikir sebelum bercakap dan bertindak.
Saya setia ke tak? Saya tak boleh nak cakap saya ni setia atau tak. Cuma saya kalau suka & sayang seseorang, saya hanya akan fokus pada dia seorang sahaja. Saya takde nak gi dating dgn org lain. Kalau saya dapat, cuma dia sahaja di hati saya dan saya akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan perhubungan itu sebaik mungkin. Sememangnya sebagai seorang lelaki, orang kata lelaki boleh buka hati untuk perempuan2 lain but that’s not me. Saya bukan jenis lelaki yg nak kenal ramai perempuan pastu nak fokus kat setiap seorang yg saya nak kenal. Bagi saya, itu menipu diri sendiri dan menipu orang lain serta mempermainkan orang lain. Saya sangat tidak suka mempunyai sifat seperti itu. In the end, hanya menyusahkan orang lain.
Ada gak kawan2 saya yg cakap saya ni baik sangat, tetapi saya takleh nak menipu diri sendiri, saya adalah diri saya dan kesetiaan adalah sangat penting untuk saya sebab saya tau kesilapan paling besar adalah menipu. Bila dah tipu, kita akan merekacipta cerita. Dan bila dah berpanjangan, kita takleh nak turn back dan bermakna cerita-cerita selanjutnya sudah menjadi satu penipuan. Bila dah menipu, kita betray trust orang yg kita suka or yg suka kat kita. Dan itu semua boleh menjurus ke arah ketidaksetiaan dan kehancuran dalam suatu perhubungan.
Kesimpulannya, setia atau tak setia ni sangat subjektif. Ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan. Cuma diri kita ni yg kena control perkara itu. Diri kita ini seadanya yg akan menentukan semua itu dgn izin Allah SWT. Kita harus berani ambil risiko dan berani berusaha walau dalam apa jua keadaan. Selagi kita tak ambil risiko, selagi tu kita takkan tau apa hasilnya. And be realistic. Be confident. Be responsible in anything that we do. And yes, loyal or not loyal, terpulang pada usaha pasangan yg ingin mengekalkan perhubungan itu.